Pages

Tuesday, March 23, 2010

62 peratus rakyat Malaysia tak puas seks

Kira-kira 62 peratus rakyat Malaysia mengaku tidak merasai kepuasan sepenuhnya dalam kehidupan seks mereka, mengikut laporan kepuasan seksual, kaji selidik global kesejahteraan seksual Durex.

Kajian secara online yang membabitkan lebih 26,000 responden dari 26 negara dengan 1,026 daripadanya membabitkan warga Malaysia turut menunjukkan, masyarakat di negara ini kehilangan minat, keinginan dan sentuhan romantis.

Kajian turut mendapati, bahawa responden wanita Malaysia lebih berasa puas mengecapi hubungan seks daripada responden lelaki iaitu 40 peratus menyatakan mendapat kepuasan sepenuhnya berbanding 37 peratus responden lelaki.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia mempunyai idea yang jelas bagaimana untuk memperbaiki kehidupan seks mereka. Lebih tujuh daripada setiap sepuluh (74 peratus) responden Malaysia merasakan bahawa kehidupan seks mereka boleh dipertingkatkan dengan hanya menyuntikkan sedikit belaian kasih sayang, kemesraan dan sentuhan romantis.

Sementara itu, dua pertiga (64 peratus) inginkan lebih keintiman dan komunikasi lebih baik dengan pasangan mereka, manakala sebilangan yang sama mengidamkan lebih banyak masa untuk berdua-duaan dengan pasangan masing-masing.

Kajian mendapati secara keseluruhannya hanya 44 peratus daripada semua responden mendakwa mereka benar-benar bahagia dan gembira dengan kehidupan seks mereka.

Pakar Perunding Andrologi Klinikal, Reproduktif dan Kesihatan Seksual, Dr Ismail Tambi berkata, kaji selidik itu sekaligus menunjukkan, kesan masalah seksual dan menonjolkan betapa pentingnya rakyat di negara ini terutama sekali lelaki supaya mementingkan kesihatan seksual diri dan mendapatkan nasihat doktor bagi menyelesaikan masalah dan memperbaiki kehidupan seks mereka dan pasangan masing-masing.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia berasa lebih puas daripada masyarakat di Jepun, dengan hanya 15 peratus mendapat kepuasan dan begitu juga masyarakat di Perancis, negara yang sekian lama digelar negara romantik, dengan satu daripada setiap empat (25 peratus) responden merasai kepuasan sepenuhnya.

Masyarakat Nigeria didapati paling berpuas hati iaitu 67 peratus daripada responden mendakwa mereka bahagia dan disusuli Mexico (63 peratus), India (61 peratus) dan Poland (54 peratus).

Pakar Perunding Andrologi Klinikal, Reproduktif dan Kesihatan Seksual, Dr Ismail Tambi berkata, kaji selidik itu sekaligus menunjukkan, kesan masalah seksual dan menonjolkan betapa pentingnya rakyat di negara ini terutama sekali lelaki supaya mementingkan kesihatan seksual diri dan mendapatkan nasihat doktor bagi menyelesaikan masalah dan memperbaiki kehidupan seks mereka dan pasangan masing-masing.

“Pada prinsipnya, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keupayaan mencapai kepuasan seksual. Ia bermula dengan faktor asas, iaitu kesihatan fizikal dan emosi, dan kebebasan daripada isu fisiologi seperti masalah fungsi lelaki dan wanita,” katanya selepas membentangkan kajian berkenaan di sini, semalam.

Beliau berkata, dengan itu barulah pasangan terbabit dapat bergerak ke tahap seterusnya, iaitu menikmati hubungan fizikal yang mengukuhkan hubungan emosi, kasih sayang dan saling menghormati serta mengecapi keseronokan dan kepuasan seksual sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment